Sunday, March 23, 2014

Seminggu.

Assalamualaikum. Hari ahad ni genap seminggu aku clash dgn dia. Malam td aku rindu sgt kat dia dan aku terfikir lagi kenapa jadi macam ni. Aku text dia. Dia reply text aku. Sy dah tak boleh dgn awk sb kita da ta sehaluan. Tadi pagi sy text dia lagi. Kenapa sy kena rasa ni semua pada waktu sy tgh down macam ni? Dia reply tak serasi dah hubungan kita. Bila sy tanya, kenapa tak ckp je yg awk tak syg sy. Then dia reply, mukin sb itu.. dia taknak ade hbgn dgn manemane perempuan. Nampak kan kat situ yang dia mmg dah tak syg aku, aku boleh rasa. Aku boleh agak. Dan mostly tekaan aku mst btl. Sb dulu dia mmg buat macam ni kat aku. Banyak kali. Hati aku hancur sangat tapi aku tetap tak leh lupa dia. Mungkin sebab aku setia sangat dan sanjung dia. Sakit nya hati aku. Macam dihirishiris. Ya Allah. Lemah nya aku. 

Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum. Hari ni enjoy sangat sebab temankan sahabat baik aku pergi hantar kad jemputan dia. She's getting married end of this month. So, abit busy for her. You know, bakal pengantin kan? Macam macam nak kena settle. Okey. Round gak laa tadi, keluar pukul 1.30pm dia ambil aku kat umah. 

First pitstop, cari reben untuk hantaran dia kat kedai bunga, sebelah Deluxe. Tapi tak berkenan. Pastu pergi Sg Emas, cawangan Deluxe ade kat sane. Then jumpe yg berkenan. Heheh. Then, kami pergi hantar kad wedd dia kat MyMedic ( tempat kerja lama ) pass je kat budak nama Hafiz sebab yang lain tak keluar recess lagi. Terus kami ke Sg Buaya Jalan Tanah Raja jumpe Emy ( sedara dia takkan sedara aku kot hihi ) . Lepas tu kami ke rumah  abah misai dan abg Fadly kat BB. Hahah tumpang peepee kat kedai nasi ayam kukus. Dah tu, pergi uma ain musinan tapi ain takde pass kat emak dia. Then kami gi lepak kat tpt kopok lekor satu seposen. Dapat makan free. Sambil bagi kad sekali. Fitri dan abah. Heheh dah sudah borak, kami pergi lak funsong hantar kad Nik dan terus pecut ke kelanang jumpe kwn wechat dia tah sape name pastu bg kad kat Rafii. Dah selesai sume. 5.30pm aku dihantar pulang ke rumah. Leh tahan gak penat sebab cuaca panas. Tapi enjoyyy. Nak kawin dah kawan baik aku. Gembira!!

Alhamdulillah satu hari ini aku tak menangis teringat terkenang dia. Aku percaya Allah mmg sentiasa ada dengan aku dan nak yg terbaik untuk aku. Terima kasih Ya Allah. 

Tuesday, March 18, 2014

Tak Terkata

Hi ! Tadi tengok cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta lepastu tengok cerita The Punisher lepastu cerita Asoka (hindi). BKATC sangat sedih. Mastura jadi begitu sebab dia cemburu tapi hakikat dia sayang Jebat sangat.

Mase tengah tengok cerita Asoka tu, mak aku keluar dari bilik sebab nak bagi ikan ikan makan. Sambil tu mak bercakap dengan aku pasal dia. Allah. Aku tahan airmata masa mak aku bercakap bertanya. Aku tak terkata, aku tak terjawab. Aku diam. Mak aku tak tahu ape yang dah berlaku antara aku dan dia. 

Kalau boleh aku mmg dah taknak kembali pada dia. Dan harap dia takkan cari aku even tiap kali text masuk , aku akan expecting dia. Tapi mmg takkan berlaku dalam waktu terdekat ni. Aku dah taknak bagi chance lagi pada dia utk sakitkan hati aku yang dari dulu belum pernah pulih sepenuhnya. Not fully recovery. 

Aku harap aku boleh. Walaupun aku menangis tiap kali tiap waktu aku mencuba. Padamkan laa ya allah. Padamkan laa ingatan ku terhadap dirinya. 

Deritaku

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku sedikit lega apabila meluahkan rasa aku disini daripada terbuku di dalam hati. Alhamdulillah Allah juga ada membantu aku. Aku nekad melupakan dia, aku nekad supaya tidak kembali pada dia. Aku nekad untuk terus kan hidup aku. 

Masa yang ada ini, mungkin masa aku untuk bersama Allah. Masa untuk bertaubat segala kesilapan dan dosa silam ku. Allah tidak pernah lupa aku. Mungkin Allah juga tidak suka pilihan aku, sebab tu Allah wujudkan masalah antara aku dan dia. Supaya aku nampak siapa dia sebenar. 

Ya Allah jangan pernah bosan dengan ku. Bimbinglah aku. Lindungilah aku. Pulihkanlah hatiku. Amin ya rabb

Monday, March 17, 2014

Aku kalah lagi. Aku menangis lagi.

Assalamualaikum. Aku dah lama tak menaip dan berkongsi disini. Hari ini aku kembali. Lately, aku kerap nangis sendiri. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa dia nak jadi macam dulu balik. Okay. Sebelum ni aku tengok the way he treat me, special sgt. Hmm tak lah special. Tapi aku suka. Macam dia text aku dia rindu sayang aku kan. Bila aku senyap, dia akan start text aku dulu. TAPI sekarang, sejak-sejak ni dia lain sgt. First aku detect perbezaan dia, masa tu aku gaduh dengan dia, then aku pergi jumpa dia lepastu aku suarakan ketidakpuasan hati aku terhadap perangai dia sebab ignore aku je. Dia cakap main lepas, dia penat serabut dengan aku so aku let he be. Aku senyap macam yg dia nak. Dan paling sakit , sabtu lepas dia cakap dia nak stop for awhile. What?! Jika cinta, pertahankan bukan melepaskan. Pernah dengar tak quote ni? Oke aku macam shock gile. Apehal dia tiba-tiba nak dump aku?? So aku pergi jumpa dia. Masa jumpa, wah kemain lagi ade incoming text berbaur macam perempuan. Bila aku tanya, dia kata dia tak ada perempuan lain sambil marah aku! Daarrr ! Aku percaya ke macam tu cara kau explain. Aku ni bodoh tetap gak sayang kau lagi even you treat me like hell. Aku pon oke takpe. Ahad, means semalam kan. Kami jumpa sebab sebelum gaduh aku ada ajak keluar nak pergi Putrajaya tengok hot air balloon. Kami keluar gak even aku tak tahu laa dia ikhlas jumpa aku ke tak. Kejap dia macam oke, kejap dia macam haremmm. Lagi sedih, sebab dia ajak balik sebab tade buat pe katanya. Mata aku terus panas. Aku tahan. Sekarang dah boring . Dulu kau tak macam ni. Aku mmg terasa gile semalam. Lepas dia hantar aku balik. Aku text dia , luah ape yang aku ase dan aku lepaskan dia. Hari sabtu lepas pon dia ada minta nak stop kan. Aku tunaikan walaupun sakit dalam hati aku. Sampai sekarang aku terfikir. Aku dah usaha yang terbaik untuk dia, tapi still he didnt again like a hundred times. Apa aku rasa sekarang? Everytime i think of him, i will cry myself till i feel better. Ya Allah. Terima kasih atas dugaan mu. Please heal me, please take him away from my mind. Far away. Pleasee