Tuesday, March 18, 2014

Tak Terkata

Hi ! Tadi tengok cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta lepastu tengok cerita The Punisher lepastu cerita Asoka (hindi). BKATC sangat sedih. Mastura jadi begitu sebab dia cemburu tapi hakikat dia sayang Jebat sangat.

Mase tengah tengok cerita Asoka tu, mak aku keluar dari bilik sebab nak bagi ikan ikan makan. Sambil tu mak bercakap dengan aku pasal dia. Allah. Aku tahan airmata masa mak aku bercakap bertanya. Aku tak terkata, aku tak terjawab. Aku diam. Mak aku tak tahu ape yang dah berlaku antara aku dan dia. 

Kalau boleh aku mmg dah taknak kembali pada dia. Dan harap dia takkan cari aku even tiap kali text masuk , aku akan expecting dia. Tapi mmg takkan berlaku dalam waktu terdekat ni. Aku dah taknak bagi chance lagi pada dia utk sakitkan hati aku yang dari dulu belum pernah pulih sepenuhnya. Not fully recovery. 

Aku harap aku boleh. Walaupun aku menangis tiap kali tiap waktu aku mencuba. Padamkan laa ya allah. Padamkan laa ingatan ku terhadap dirinya. 

No comments:

Post a Comment